Resepi Kek Carrot

Bahan-bahan:
6 biji telor ayam
2 cawan gula halus
1½ cawan carrot yang sudah diparut
1 sudu kecil baking powder
150 gm butter
3 cawan tepung gandum
1 sudu esen oren
Sedikit buah badam

Cara menyediakan:
1) Carrot di parut kasar badam di potong kecil. Pukul gula dan butter sampai putih. Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
2) Tepung diayak dengan baking powder dan digaul dengan carrot serta badam lepas itu masukkan ke dalam adunan telur tadi dan gaul hingga sebati.
3) Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter, lalu dibakar adunan tadi.

0 comments:

Post a Comment