Resepi Kuih Lompang

Bahan-bahan:
½ biji kelapa
1 cawan gula putih
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung ubi
Sedikit kapur
½ cawan gula merah, untuk dicampur dengan gula putih menghasilkan warna coklat

Cara menyediakan:
1) Masak air gula dengan 3 cawan air, tapis masukkan dalam bekas, sejukkan sedikit.
2) Satukan tepung & bancuh dengan 3 cawan air & sedikit air kapur, kacau rata.
3) Tuangkan air gula yang masih panas dan kacau. Celupkan jari, kalau melekat bolehlah digunakan. 4) Panaskan pengukus & juga acuan lompang. Tuangkan adunan kedalam mangkuk lompang & kukus hingga masak (40 minit), kalau mahukan kuih lompang yg berwarna-warni, asingkan ke dalam 2/3 bekas & titikkan warna yang disukai.

0 comments:

Post a Comment