Resepi Puding Cendol

Bahan-bahan:
1/2 paket agar2 (20 gm)
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair
2 cawan cendul
1 cawan gula merah

Cara menyediakan:
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan mendidih lagi, tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 itu dipanaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi dipanaskan dan masukkan susu cair dan cendul.
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan2 atas adunan gula merah dan sejukkan dan hidangkan.

0 comments:

Post a Comment