Resepi Tempeyek/Rempeyek

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
100 gm kacang tanah
Sesudu teh jintan putih
Sesudu teh jintan manis
Sesudu teh ketumbar
2 cawan santan
Sesudu teh kapur makan
2 sudu teh gula
Sesudu teh garam
60 gm ikan bilis
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1. Bersihkan dan tuskan kacang tanah. bancuh tepung beras dan masukkan semua bahan.
2. Panaskan minyak atas api yang sederhana besar. Dengan menggunakan acuan tuangkan adunan tadi ke atasnya dan taburkan beberapa biji kacang tanah dan ikan bilis.
3. Apabila agak keperangan, angkat dan toskan.

0 comments:

Post a Comment