Resepi Coffee Cookies

Bahan-bahan:
240gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar instant coffee
1 biji telur
80gm gula halus
60gm gula perang
100gm unsalted butter
60gm slice badam

Cara menyediakan:
1. Ambik 2 sudu besar instant coffee campurkan dengan 2 sudu besar air panas. Kacau dan ketepikan.
2. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim
3. Dalam bekas lain, campurkan kedua-dua jenis gula dan kacau.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam butter. Pukul sehingga putih/ kembang
5. Masukkan telur sikit demi sedikit dan pukul lagi
6. Kemudian masukkan pula instant coffee yang telah dicairkan. Kacau.
7. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dengan baking powder. Kemudian campurkan 1 sudu besar instant coffee yg tak dicampur dengan air. Kacaukan.
8. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter tadi sambil dikacau.
9. Drop adunan tadi ke atas loyang yang dilapik dengan oven peper. Letakkan slice badam ke atasnya.
10. Bakar dengan suhu 180C selama 15-20 minit

0 comments:

Post a Comment