Resepi Dodol

Bahan-bahan:
1.8 kg tepung pulut
300 gm tepung beras
3.6 kg gula melaka
12 biji kelapa parut
15 helai daun pandan

Cara menyediakan:
1. Bancuh tepung beras & tepung pulut dengan santan setelah itu tapis ke dalam kuali besi.
2. Masak gula melaka dengan sedikit air & daun pandan. Bila telah larut masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
3. Dengan menggunakan api yang perlahan jerangkan adunan ini sambil dikacau & bila setengah masak, masukkan pati santan & terus kacau sehingga masak.
4. Bila telah masak bolehlah diangkat & sejukkan.

0 comments:

Post a Comment