Resepi Khudhar

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
8 biji tomato masak - dikisar
5 biji kentang dipotong besar besar
4 batang carrot dipotong dadu
2 sudu teh lada hitam
1 ekor ayam dipotong 8 atau 1 kg daging dipotong besar besar - digoreng 5 minit
Garam secukup rasa
Mixed herbs

Cara menyediakan:
1. Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan
2. Masukan tomato yang telah dikisar, biarkan mendidih seketika masukan kentang dan carrot setelah hampir empuk masukan ayam tutup periuk reneh seketika sehingga kentang betul betul empuk masukan lada hitam, mixed herbs dan garam secukup rasa biarkan seketika tutup api.
3. Siap untuk dihidangkan dengan nasi arab dua warna atau roti.

0 comments:

Post a Comment