Resepi Ayam Beriani.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dibelah empat
1 tin susu cair
2 sudu besar rempah beriani
1 sudu besar madu
sedikit daun pudina, cili merah untuk hiasan
minyak sapi untuk menumis

Tumbuk/kisar:
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
Sedikit halia

Cara menyediakan:
1. Bersihkan ayam dan goreng separuh masak.
2. Tumis bahan yang telah ditumbuk hingga ada bau.
3. Masukkan rempah beriani, cili, bawang goreng yangtelah diramas, telur rebus, madu dan susu cair.
4. Tambahkan sedikit air. Kemudian masukkan ayam.
5. Tambah garam untuk menyedapkan rasa. Bila pecah minyak, baru padamkan api.

0 comments:

Post a Comment