Resepi Lasagna

Bahan-bahan:
Kepingan lasagna secukupnya
Parutan keju mozarella secukupnya
Buah zaitun (slide)

Bahan inti:
450g daging kisar
2 biji bawang besar (potong dadu)
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 helai bay leaf
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 biji buah tomato (potong dadu)
1 sudu rempah kari daging
5 sudu tomato puri
1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
garam dan gula secukup rasa
1 sudu teh mixed herbs

Bahan white sauce:
600ml susu segar
3 sudu tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
3 sudu mentega
sedikit mozarella

Cara menyediakan inti daging:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan-bahan tumbuk, tomato puri hingga wangi.
2. Masukkan rempah kari, bawang besar, bay leaf, dan gaul rata.
3. Masukkan daging cincang dan masak hingga berubah warna.
4. Masukkan buah tomato bersama lada hitam. Masak hingga mendidih.
5. Masukkan mixed herbs, gaul rata.
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kering tapi masih lembap.
7. Angkat dan sejukkan.

Cara menyediakan white sauce:
1. Masukkan mentega dalam periuk kecil dan cairkannya.
2. Masukkan susu segar, tepung jagung dan kacau sebati.
3. Masukan secubit garam, gaul hingga bancuhan menjadi pekat. Angkat dan ketepikan.

Cara menyediakan lasagna:
1. Sudu dan ratakan inti daging, tabur sedikit parutan keju mozarella.
2. Alaskan lagi dengan kepingan lasagna dan sapukan white sauce.
3. Lapiskan lagi dengan kepingan lasagna dan ratakan dengan inti daging.
4. Buat hingga siap dan lapisan akhir diakhiri dengan baki inti daging dan ditabur buah zaitun dan keju mozarella.
7. Bakar dalam oven pada suhu 150 degrees celcius, 30-35 min. Boleh dihidang panas atau suam.

0 comments:

Post a Comment