ResipiMasakanKini - Ayam Gajus

Bahan-bahan:
500 gm isi ayam (potong dadu)
100 gm kacang gajus
2 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil(kisar halus)
10 ulas bawang putih(kisar halus)
50 gm halia muda(rancik halus)
100 gm cili kering(potong 5)
3 sudu besar sos cili
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos seosoning
3 sudu kicap manis
1/2 lada hitam kasar
Tepung jagung
Garam secukup rasa
Daun bawang untuk hiasan

Cara menyediakan:
1. Gaulkan isi ayam bersama garam dan tepung jagung.
2. Panaskan minyak dan gorengkan ayam hingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Goreng lada kering hingga garing dan ketepikan.
4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis halia dan bawang putih hingga garing dan masukkan bawang besar.
5. Masukkan isi ayam, sos tiram, sos cili, lada hitam, kicap manis, sos seosoning dan sedikit air.
6. Biarkan kering dan tutup api.
7. Masukkan kacang gajus dan kacau rata dan hidangkan.

0 comments:

Post a Comment