ResipiMasakanKini - Cucur Udang


Bahan-bahan:
1 Kg tepung gandum
250gm udang sederhana besar
Segengam daun kucai
500gm taugeh
1 biji bawang besar dihiris halus.
1 paket yis kering
1 sudu kecil garam secukup rasa
1 sudu kecil serbuk kunyit.
Minyak masak.

Cara menyediakan:
1. Masukkan tepung dalam sebuah bekas.
2. Masukan yis kering kedalam tepung kacau rata.
3. Masukan garam, daun kucai, taugeh, serbuk kunyit ke dalam tepung.
4. Masukan lima cawan air kedalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati.
5. Apabila Selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1 jam untuk tepung itu naik.
6. Panaskan kuali. Nyalakan api dapur untuk mengoreng cucur tidak terlalu besar. Jangan pula terlalu kecilkan api.Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak.

0 comments:

Post a Comment