ResipiMasakanKini - Sambal Tempe

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
5 keping tempe
Segenggam ikan bilis goreng (ikan bilis yg dh dikupas)
Segenggam kacang tanah goreng
4-5 sudu besar chili giling/chili kering
1/2 biji bawang besar - blend
2 ulas bwg putih - blend
Seinci belacan
1 sudu kecil air asam jawa
Garam
Gula melaka

Cara Menyediakan:
1. Potong nipis2 tempe. Panaskan minyak dan teruskan menggoreng hingga benar2 garing. Dah masak ketepikan.
2. Tumis chili giling/chili kering,bwg dan belacan hingga betul2 masak chili tuh.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar. Kemudian perasakan dengan garam n masukkan gula melaka. Kacau sampai hampir kering.
4. Kemudian boleh la masukkan tempe, kacang tanah dan ikan bilis goreng. Kacau rata. Goreng sampai kering.

0 comments:

Post a Comment