Ikan Patin Goreng Berempah

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin - bersihkan
1 sudu teh pati asam jawa
1 sudu teh serbuk kunyit
garam & perasa pilihan
minyak

Bahan kisar:
2 biji cili merah
5 batang serai
3 cm halia
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu teh lada hitam
1 sudu bteh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:
1. Perap ikan patin bersama bahan pemerap, pati asam jawa, garam dan kunyit selama 15-30 minit.
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
3. Angkat dan toskan minyaknya.
4. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment