Ikan Patin Masak Asam Tempoyak

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin sederhana besar  
*5 ulas bwg merah 
*3 ulas bwg putih  
*3 batang serai 
*1" kunyit hidup  
*1 cm halia 
*15 bj cili api 
4 cawan air.  
sedikit minyak untuk menumis. 
1 1/2 senduk tempoyak.  
daun kesum, bunga kantan dan garam secukup rasa 
 
Cara menyediakan:   
1. Bersihkan ikan dengan menggunakan perahan limau katuri agar hilang hanyirnya.  
2. Kisar semua bahan yg bertanda *.  
3. Panaskan periuk dan tumis bahan kisar tadi hingga naik bau.  
4. Masukkan air, garam dan tempoyak. Kacau sehingga tempoyak larut.  
5. Bila mendidih masukkan ikan patin, daun kesum dan bunga kantan.  
6. Balik-balikkan ikan patin perlahan-lahan kerana ikan ini lembut dan mudah hancur.  
7. Kecilkan api dan biar hingga ikan masak dan hidangkan.

Post a Comment

0 Comments