Jus Durian Belanda

Resepi ini sesuai untuk hidangan 10 orang.

Bahan-bahan:
1) 500g isi durian belanda. Isi durian belanda yang telah dibekukan boleh juga digunakan setelah dicairkan.
2) 2.5 liter air
3) 250g gula
4) 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon


Cara meyediakan:
1) Masukkan isi durian belanda, gula dan air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
2) Tuangkan bahan kisaran ke dalam bekas yang besar dan campurkan bersama baki air tadi.
3) Untuk rasa yang lebih sedap, perahkan 1/2 biji limau nipis atau 1/8 biji lemon.
4) Kacau sehingga sebati.
5) Terbaik jika dihidangkan sejuk.

0 comments:

Post a Comment