Resepi Pavlova

Bahan-bahan
4 biji putih telur
1 cawan gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara menyediakan
1. Pukul putih telur dengan perlahan.
2. Masukkan gula satu sudu demi satu sudu sambil putar dengan laju sehingga putih berkilat.
3. Masukkan esen vanilla dan gaul.
4. Masukkan tepung jagung dan cuka beserta gaul.

5. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius.
6. Masukkan adunan ke dalam oven.
7. Setelah 15 minit turunkan suhu kepada 140 darjah celcius.
8. Bakar selama satu jam.
9. Setelah siap dibakar, buka pintu oven sedikit dan tunggu sehingga meringue betul-betul sejuk sebelum dihias dengan menggunakan whipped cream dan buah-buahan masam seperti strawberi, kiwi, blueberi.

0 comments:

Post a Comment