ResipiMasakanKini - Ayam Harum Thai

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil
2 batang serai - dititik
4 helai daun limau purut
2 biji capsicum - belah 4 atau potong memanjang ikut suka
4 biji tomato - belah 2 
1 sudu kecil lada hitam tumbuk 

Bahan-bahan dikisar:
1 labu bawang besar 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia  

Bahan-bahan sos (disatukan):
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
1 biji perahan jus limau nipis
Sedikit air 

Cara menyediakan:
1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.

2. Gorengkan sehingga garing dan ketepikan. 
3. Panaskan minyak tumiskan bahan-bahan hiris sehingga wangi dan masukkan lada hitam tumbuk.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan sos dan kacaukan rata.
5. Masukkan serai, daun limau purut dan kacaukan rata. Boleh tambakan sedikit saje air jika inginkan berkuah sedikit.
6. Setelah itu masukkan pula ayam goreng, capsicum dan tomato biarkan sebentar.
7. Kacau sekejap dan padamkan api. Hidangkan dengan nasi hangat dan lauk sampingan lain. Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment