ResipiMasakanKini - Ayam Masak Tomato

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam, potong kecil
4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili blender
1 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 inci halia * 
1 biji bawang besar, potong bulat 
cili hijau 
Daun sup/bawang - untuk hiasan
Tomato - potong wedges 
Sedikit gula 
Sedikit minyak untuk menumis
(* - Dikisar)

Cara menyediakan :

1. Gaul ayam dengan sedikit garam dan goreng hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia sehingga hancur. 
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga kekuningan. Masukkan cili blender dan kacau hingga pecah minyak. 
4. Masukkan ayam yang digoreng tadi, sos tomato dan sos tiram. Kacau 5 minit. 
5. Masukkan bawang besar, cili hijau / cili padi, tomato dan kacau sebentar.
6. Tambahkan garam dan perisa jika perlu. Hidangkan -panas-panas.

0 comments:

Post a Comment