ResipiMasakanKini - Ayam Ros Pandan

Bahan-bahan :
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai - dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan - koyakkan dan simpul
1 cawan air 
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang - untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

Bahan kisar halus :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

Cara menyediakan :

1. Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing.
3. Tuang air dan kacau rata.
4. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecilkan api. Masak hingga pekat.
5. Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
6. Hidangkan.

0 comments:

Post a Comment