Vegetable Pakora

Bahan-bahan:
1 cawan tepung kacang kuda/dhal (Besan) 
2 camca kecil minyak 
1 camca kecik serbuk jintan putih 
1 1/2 camca kecik garam 
1 -2 cili hijau yang telah dipotong
1/2 cawan air 
1 biji ubi kentang kubis bunga 
2 helai besar kobis 
5 helai daun bayam yang telah dicincang 
1 1/2 cawan bawang besar yang telah dimayang 
1/2 sudu baking powder (optional) 1 sudu besar (optional) 

Cara menyediakan:
1. Rebuskan ubi kentang sehingga lembut dan potong dadu kecil-kecil kemudian potong kecil-kecil kubis bunga dan bawang, bayam dan kubis hiris. 
2. Kemudian masukkan kacang kuda, minyak, serbuk jintan putih, air dan garam dan gaul rata dan blenderkan supaya ianya jadi mesra dan ringan. 
3. Tuangkan adunan ni dalam bekas dan biarkan sekejap untuk 30 minit di tempat yg panas (saya selalu guna air suam untuk bancuh adunan ni untuk ianya lebih empuk dan ringan) 
4. Kemudian masukkan sayuran-sayuran yang dah dipotong tadi dan gaul rata dan boleh goreng mcm buat cucur tu, makan bersama cili sos atau chutney pudina atau yoghurt atau mayonaise.

0 comments:

Post a Comment