Ayam Tandoori

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong 8
3 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu makan rempah masala
1 cawan yogurt
1/2 cawan air
2 sudu makan minyak sapi
2 inci halia
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh pewarna merah
1/2 lemon

Cara menyediakan:
1. Satukan bahan-bahan dan gaul sehingga sebati
2. Gaul ayam dan perap sekurang-kurang 4 jam
3. panggang ayam di dalam ketuhar dengan suhu 200 celsius selama lebih kurang 60 minit
4. Balik-balikkan ayam dengan sapu minyak sapi semasa membalikkan ayam sehingga masak

Post a Comment

0 Comments