Keema Kambing

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan daging kambing kisar
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 batang carrot (dipotong dadu)
1 biji kentang (dipotong dadu)
1 sudu makan cili kisar
1 sudu teh campuran ketumbar dan jintan (dikisar)
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk kunyit
1 inci halia (ditembuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu teh serbuk kari daging
1 biji tomato (dipotong dadu)
1/2 cawan air
1 sudu makan serbuk badam
2 tangkai daum ketumbar (dihiris)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Tumis bawang besar sehingga kekuningan, kemudian masukkan cili, bawang putih, serbuk kari, serbuk kunyit, halia, campuran ketumbar dan garam masala sehingga garing.
2. Masukkan daging kisar, kentang, carrot dan masak sehingga warna daging bertukar.
3. Masukkan tomato dan air, didik selama 5 hingga 10 minit.
4. Masukkan serbuk badam, daun ketumbar dan masukkan garam secukup rasa biar dalam 5 minit dengan api sederhana.

0 comments:

Post a Comment