Kuih Abok Abok

Bahan-bahan:
140 grm sagu biji
130 grm kelapa parut putih
100 grm gula melaka dihiris halus
3 helai daun pandan potong 3cm kecil
20 helai daun pisang lebar 20cm x 15cm
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa.

Cara menyediakan:
1. Letakkan sagu di dalam penapis dan kocak di bawah air paip tapi jangan terlalu lama kerana ia akan kembang.
2. Isikan sagu di dalam mangkuk, campurkan dengan garam dan kelapa parut.
3. Sapukan sedikit minyakpada sehelai daun pisang dan bentukan seperti kon.
4. Masukkan 2 sudu makan campuran sagu daun pisang, kemudian taburkan gula melaka dan tutup sedikit lagi dengan campuran sagu.
5. Bubuh sehelai daun pandan di atas sekali, lipat untuk menutupnya dan semat dengan lidi. Susun di dalam pengukus dan kukus selama 20-25 minit atau sehingga masak.

Post a Comment

0 Comments