Kuih Cara Berlauk

Bahan inti: 

200 gm daging kisar 
2 sudu besar rempah kari daging ( bancuh dengan sedikit air ) 
2 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 sudu besar udang kering 
Sedikit daun bawang/sup di racik2 dan lada merah di potong serong 
Garam dan sedikit gula
 
Bahan adunan tepung:
2 cawan tepung gandum 
3 1/2 cawan santan sederhana pekat 
1 biji telur 
Pewarna kuning 
Sedikit garam

Cara menyediakan inti:
1. Blend atau tumbuk bwng putih dan bwng merah sehingga lumat. Tumbuk udang kering sekadar hancur sedikit je. 
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bhn yg di tumbuk, masukkan rempah kari yg di bancuh dngn sedikit air dan tumis hingga naik minyak. 
3. Masukkan daging kisar. Tambah sedikit air jika perlu dan masak hingga daging empuk.
4. Masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga sebati dan kering. 
5. Setelah siap...angkat dan ketepikan dulu.
 
Cara menyediakan adunan tepung:
1. Pukul telur + garam.Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata. 
2. Kalau berketul2, terpaksalah di tapis dahulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna. 
3. Saya gunakan blender je, lagi senang.
 
Cara menyediakan kuih:
1. Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak. 
2. Tuang adunan 3/4 penuh sahaja. 
3. Masukkan satu sudu inti daging dan letakkan sepotong lada merah dan taburkan daun sup dan daun bwng. 
4. Tutup gunakan tutup periuk selama 4 minit atau sehingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan bolehlah dihidangkan.

Post a Comment

0 Comments