Kupang Masak Ala Thai

Bahan-bahan:
2 kg mentarang

10 biji cili padi (dikisar lumat)
8 ulas bawang merah (dikisar)

6 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
2 batang serai (dikisar)

2 daun limau purut
1/2 sudu sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Sedikit air

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan air, sos tiram, daun limau purut dan juga serai. Kacau sehingga sebati. Apabila kuah telah mendidih, masukkan mentarang dan tutup periuk.
3. Biarkan seketika atau sehingga mentarang hampir terbuka dan kemudian masukkan garam dan juga gula secukup rasa. Gaul mesra dan kemudian bolehlah tutupkan api.
4. Kemudian taburkan daun ketumbar untuk menaikkan lagi aromanya. Sedia untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment