Paru Berlada Sedap

Bahan-bahan:
500g paru - rebus ngan sedikit garam dan halia. 
2 sudu teh serbuk kunyit  
3 sudu teh serbuk ketumbar 
3 ulas bawang putih (dikisar@tumbuk)
Garam secukup rasa 

Untuk sambal:
5 tangkai cili kering 
3 ulas bawang putih 
2 biji bawang merah 
2 tangkai lada@cili merah - cincang 
1 inci belacan 
Sedikit air asam jawa 
Gula melaka @ gula putih 
Garam 
minyak secukupnya

Cara menyediakan:
1. Rebus paru hingga empuk. kemudian toskan. potong kecil-kecil & nipis. ketepikan. 
2. Masukkan serbuk kunyit, ketumbar, bawang putih dan garam ke dalam paru tadi, gaul rata dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 30min. 
3. Panaskan minyak, goreng paru hingga garing dan angkat toskan. 

Untuk memasak sambal:
1. Blend@kisar cili kering, bawang merah dan juga bawang putih. 
2. Panaskan minyak lebihan mengoreng, tumis bahan-baha blend hingga pecah minyak/lada masak. 
3. Masukkan lada cincang tadi, masukkan juga belacan, air asam jawa, gula dan juga garam. tumis hingga agak-agak kering. 
4. Masukkan paru dan goreng lagi hingga garing. Hidangkan.

0 comments:

Post a Comment