Resipi Asam Pedas Ikan Keli

Bahan-bahan: 
3 ekor ikan keli 
Air asam jawa ikut masam 
Garam dan sedikit gula  
2-3 sudu makan cili kisar
2 kuntum bunga kantan dibelah 2
Sedikit daun kesom 
1 batang serai - dititik 
6 biji bawang merah - dikisar halus 
1 ulas bawang putih - dikisar halus 
1/4 inci kunyit hidup -dikisar halus 
Sedikit ikan bilis - dikisar halus 
1/4 inci belacan - dikisar halus

Cara menyediakan :
1. Ikan keli dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis dan sedikit garam selama 10 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 10 minit dan cuci kembali dan toskan.

2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus dan serai yang dititik hingga wangi, masuk cili kisar dan tumis hingga pecah minyak dengan api kecil. Masukkan air, kacau dan biar mendidih.
3. Masukkan dan keli, tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih perlahan. Perasa dengan garam secukupnya dan sedikit gula secukup rasa. Kacau perlahan-lahan supaya keli tak hancur, jika ok boleh matikan api.

0 comments:

Post a Comment