Resipi Biskut Chocolate Chip

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Biskut Chocolate Chip. Rangup, sedap dan senang untuk disediakan.

Penyediaan : 15 minit | Memasak: 15 minit
30 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 4

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega
  • 1 cawan gula castor
  • 1 cawan brown sugar
  • 2 biji telur
  • 2 sudu esen vanila
  • 3 cawan tepung (plain flour)
  • 2 sudu teh baking soda
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 cawan semi sweet chocolate chips

Cara menyediakan:

  1. Panaskan oven ke suhu 170C.
  2. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang sehingga sedikit kembang dan sebati. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanila.
  3. Masukkan baking soda, garam dan chocolate chips. Kacau sebati.
  4. Gunakan ais krim scoop (ataupun sudu), kaupkan dan susun di atas baking tray yang dilapik dengan kertas parchment (baking paper) dalam jarak yg sesuai kerana biskut akan mengembang semasa dibakar.
  5. Bakar selama 10-15 minit atau sehingga biskut menjadi keperangan.

Tips: Untuk mendapatkan biskut yang tebal dan rangup, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 jam sebelum dibakar.

Post a Comment

0 Comments