Resipi Kerabu Kaki Ayam

Bahan-bahan:
1 kg kaki ayam
6 batang serai (dihiris halus)
1 bunga kantan (dihiris halus)
15 biji cili padi
5 biji limau nipis
4 kacang panjang
4 biji bawang besar
5 sudu kecil sos ikan
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
  1. Rebus kaki ayam hingga empuk dan ketepikan.
  2. Hiriskan serai, cili padi, kacang panjang, bawang, bunga kantan dan gaulkan sekata.
  3. Masukkan kaki ayam dan perasakan dengan sos ikan, garam serta perahan jus limau nipis.
  4. Gaulkan hingga sebati dan hidangkan.
P/S: Pastikan ayam yang direbus ditoskan terlebih dahulu sebelum digaulkan bersama bahan kerabu. Ini membuatkan kerabu lebih tahan lama.

0 comments:

Post a Comment