Resipi Nasi Arab Kabsa

Bahan-bahan:
Minyak Zaitun 
1 biji bawang besar 
1 inci halia 
1 biji tomato 
1 biji lada benggala 
Sedikit parutan carrot 
1 sudu besar rempah Kabsa 
3 pot beras Basmati 
4.5 pot air 
Garam  secukup rasa

Cara menyediakan: 
1. 1 ekor ayam dipotong kecil. 
2. Panaskan minyak zaitun atau apa-apa minyak masak dalam periuk. 
3. Masukkan hirisan 1 biji bawang besar, halia dan 1 biji tomato yang dipotong dadu ke dalam periuk. Boleh juga tambahkan hirisan lada benggala hijau dan parutan karot (jika mahu) 
4. Masukkan 1 sudu rempah Kabsa dan 1 ekor ayam ke dalam periuk Masak ayam bersama rempah ratus tadi hingga separuh masak (lebih kurang dalam 15 minit) 
5. Masukkan beras basmati panjang yang telah dibasuh. Masukkan air secukupnya dan garam secukup rasa. 
6. Setelah masak, padamkan api dan biarkan selama nasi masak dengan wap selama 20 minit. Hidangkan bersama salad dan sambal arab

Post a Comment

0 Comments