Siakap Stim Ala Thai

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
2 batang serai
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
4 biji cili padi
1 1/2 inci halia
2 biji limau kasturi
2 helai daun limau purut
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar sos tiram
Aluminium foil
Garam, gula

Cara menyediakan:
1. Pastikan air dalam pengukus telah didihkan terlebih dahulu.
2. Masukkan semua bahan dalam aluminium foli ratakan bahan-bahan, di atas dan bawah ikan. Bungkus aluminium foil kemas-kemas.
3. Masukkan juga sedikit air.
4. Kukus dalam 5-10 minit hingga ikan masak.
5. Sesuaikan rasa, jika kurang masin baru letak garam. Jika masin, letak air lagi atau perahkan lagi limau.
7. Hidangkan.

0 comments:

Post a Comment