Resipi Asam Pedas Ikan Sembilang

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Asam Pedas Ikan Sembilang. Resipi Asam Pedas Ikan Sembilang ni adalah antara menu yang cukup sedap dan popular dikalangan masyarakat Malaysia. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit   
50 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-6 orang 


Bahan-bahan:
2 ekor ikan sembilang sederhana besar
1 cawan air asam jawa
1 genggam daun kesom
1 cawan cili kisar
1/2 inci halia, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
Garam dan gula
8 biji bawang merah (ditumbuk)
1/2 inci kunyit hidup (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1/2 camca teh halba (ditumbuk)
1/2 inci belacan
3/4 camca teh lada hitam

Cara menyediakan:
1. Ikan sembilang, dikerat-kerat, cuci dan perap dengan garam dan air limau nipis 10 - 15 minit. Cuci bersih dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan tumbuk halus, halia dan lengkuas dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak. Tuangkan air (anggaran 700ml) dan biar mendidih.
3. Masukkan ikan dan daun kesom, kacau rata. Tambah air asam jawa, perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar mendidih perlahan 3 - 4 minit hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

0 comments:

Post a Comment