Resipi Ayam Bakar Berempah

ResipiMasakanKini berkongsi resipi ayam bakar berempah yang sedap dan sangat sesuai untuk hidangan juadah berbuka puasa. Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam [potong 4]
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 labu bawang besar ] kisar halus
3 ulas bawang putih ] kisar halus
2 inci halia ] kisar halus

Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.
4. Gunakan pemanggang ajaib atau atas bara arang bakar ayam selama 20 minit sambil balikkan sekali sekala.
5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.

0 comments:

Post a Comment