Resipi Congo Bar

ResipiMasakanKini menghidangkan Resipi Congo Bar, resipi kuih raya yang sedap ini boleh menambahkan lagi kepelbagaian di hari raya.

Penyediaan :
20 minit | Memasak: 30 minit
50 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan:
( 12in x12in )

Bahan-bahan:
  • 3 cawan tepung serbaguna- diayak
  • 2 1/2 sudu teh serbuk penaik- di ayak
  • 250gm mentega
  • 380gm gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 250gm coklat cip
  • 1 cawan kacang pecan
Cara menyediakan:
  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, masukkan esen vanilla.
  3. Masukkan tepung dan gaul sebati.
  4. Masukkan kacang dan coklat cip, gaul rata.
  5. Bakar pada suhu 150 celcius selama 30min atau sehingga masak.

0 comments:

Post a Comment