Resipi Gulai Lemak Kulat Sisir

ResipiMasakanKini berkongsi resipi gulai lemak kulat sisir yang sedap dimakan dengan nasi panas-panas.

Bahan-bahan:
200 gm kulat sisir
100 gm pucuk paku
50 gm ikan bilis
250 ml santan
250 air
10 biji cili padi - dikisar
10 gm kuncit hidup - dikisar
2 batang serai - diketuk
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Satukan kulat sisir, pucuk paku, ikan bilis, air, bahan dikisar dan serai ke dalam periuk. Didihkan.
2. Masukkan santan dan garam, kacau perlahan hingga mendidih lagi biarkan seketika dan tutup api. Hidangkan dengan nasi panas-panas dan ikan masin.

0 comments:

Post a Comment