Resipi Kari Ketam Dengan Nenas

ResipiMasakanKini menghidangkan Resipi Kari Ketam Dengan Nenas, resipi  yang sedap dan lazat untuk dihidangkan.

Penyediaan :
15 minit | Memasak: 20 minit
35 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-7 orang


Bahan-bahan: 
1 kg ketam 
1/2 biji nenas (dipotong kecil)
3 sudu makan rempah kari
1 cm kulit kayu manis 
300 gm kelapa 
5-6 sudu besar minyak masak 
Daun kari 
Garam secukup rasa
3 cm halia (dihiris)
6-8 ulas bawang merah (dihiris)
5-6 ulas bawang putih  (dihiris)
1 sudu besar rempah kurma 

Cara menyediakan: 
1. Bersihkan ketam potong 2 dan ketepikan. 
2. Panaskan minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang, halia, kayu manis sehingga wangi.
3. Masukkan rempah kari, kurma dengan sedikit air. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak.
4. Masukkan santan, ketam, nenas, dan garam. Masak sehingga pekat.
5. Sedia dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment