Resipi Laksa Nyonya Melaka

ResipiMasakanKini berkongsi resipi yang cukup popular di Malaka iaitu Resipi Laksa Nyonya Melaka. Hidangan lazat ini boleh disaji untuk majlis rumah terbuka sempena hari raya. Cubalah Resipi ni.. 

Penyediaan:
20 minit | Memasak: 30 minit
50 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-8 orang 


Bahan-Bahan A:200 gm bawang besar
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm belacan
2 batang serai
5 biji buah keras
30 tangkai cili kering
60 gm udang kering

Bahan Lain:
Minyak masak
1/2 kg ayam (potong sederhana besar)
10 ekor udang sederhana besar
1 paket fish ball
5 tahu kering (dipotong 2)
1 liter santan
250 ml air
6 keping asam gelugur
3 batang bunga kantan
Gula dan garam secukup rasa

Bahan Hiasan:

Timun (potong nipis dan memanjang)
Cili merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Bawang goreng
 
Cara Menyediakan:
1. Kisar semua bahan A dan tumis sehingga naik minyak.
2. Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.
3. Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah dihidangkan dengan pilihan mi atau pun mihun.

Post a Comment

0 Comments