Resipi Laksam Terengganu

ResipiMasakanKini berkongsi resipi masakan yang cukup popular di Terengganu iaitu Resipi Laksam Terengganu. Hidangan yang lazat ini agak renyah skit untuk disediakan. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 30 minit | Memasak: 20 minit 
 
50 Minit Masa keseluruhan | Jumlah Hidangan: 4-5 orang 

Bahan-bahan:
1/2 kg ikan..kembung (bakar dan ambil isi)
3 cawan santan ( 1 biji kelapa)
3 ulas bawang kecil
1 hiris halia
1 bunga kantan
1 sudu besar lada hitam....tumbuk
Garam dan gula secukupnya

Ulam-ulaman [dihiris halus]
Taugeh buangkan akar
Kobis

Daun kesum
Timun

Sambal [ditumbuk saperti sambal belacan]
Cili api
Cili merah
Belacan
Air limau kasturi

Bahan penting.
Laksanya... 

Cara menyediakan:
1. Masukkan semua bahan untuk kuah dalam periuk dan masakkan perlahan-lahan sampai mendidih.
2. Kemudian rasakan masinnya.
3. Hidangkan bersama ulaman yang telah dimayang/hiris halus.
4. Sediakan juga sambal belacan limau kasturi.

Post a Comment

0 Comments