Resipi Lazat Kuah Lodeh/Lontong

ResipiMasakanKini berkongsi resipi kuah lodeh/lontong yang sedap dan sangat sesuai untuk hidangan juadah di hari raya. 

Hidangan ini sesuai dimakan bersama ketupat/nasi impit dan dicampur sambal kacang, sambal sotong atau serunding daging.
 

Bahan sayuran:
1/2 biji kobis [potong kecil]
5 batang kacang panjang [potong pendek]
2 biji terung bulat/panjang [potong kecil]
1 biji carrot [potong kecil dan pendek]
Tahu [gorengkan dan potong dadu]
Tempe [potong kecil dan gorengkan] 

Sengkuang [potong pendek dan kecil]
Cili merah [hiriskan]
Bawang besar [mayangkan]
Suhun dan fucuk [rendamkan supaya lembut]
 

Bahan dikisar:
5 biji cili merah + cili api sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
 

Bahan lain
1 biji kelapa [amik 5 cawan santan]
250 gm udang basah
minyak [tumis] 

Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah kacang.

0 comments:

Post a Comment