Resipi Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi

ResipiMasakanKini berkongsi resipi masakan yang cukup popular di kalangan masyarakat kampung iaitu Resipi Masak Lemak Tempoyak Pucuk Ubi. 

Hidangan lazat ini boleh disaji untuk hidangan makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini..


Bahan-bahan:
1 kg pucuk ubi
3 batang serai (ketuk)
3 sudu tempoyak
2 helai daun kunyit dipotong kecil2 

1 liter air
5 cawan santan
Garam secukup rasa

Bahan dikisar:
10 tangkai cili api 
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
3 cm halia
2 cm kunyit hidup


Cara Menyediakan:
1. Rebus pucuk ubi hingga masak. Kemudian ketepikan dan tus.
2. Dalam periuk yang lain masukkan air, santan, bahan kisar, serai, lengkuas dan daun limau purut, lalu dikacau hingga santan mendidih.
3. Selepas itu masukkan pucuk ubi rebus dan kacau rata.

Post a Comment

0 Comments