Resipi Masakan Nasi Ayam Hakka

ResipiMasakanKini berkongsi resipi masakan yang cukup popular di kalangan masyarakat cina iaitu Resipi Nasi Ayam Hakka. 

Hidangan lazat ini boleh disaji untuk hidangan makanan tengahari atau pon majlis keramaian. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit
50 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 6-8 orang   


Bahan-bahan:
1 ekor ayam segar
Kicap cair (Cap Camel)
Minyak Bijian 
Bawang merah 1 biji
Bawang putih 3 biji
1 ketul kecil halia
Beras 2 tin susu
Garam secukup rasa
Sedikit lada putih

Cara menyediakan:
• Rebus ayam sehingga masak. Pastikan ia tidak direbus telalu lama. Kita boleh cucuk paha ayam dengan chopstick, jika ia telah masak, paha ayam dengan senang dapat ditembusi.
• Toskan ayam tersebut dan letak atas pinggan. Kita mesti menabur kicap cair diikuti dengan minyak bijian sewaktu ayam masih panas.
• Biar ayam sejuk sehingga kita nampak minyak dari ayam tekeluar barulah kita memotongnya. Ini untuk megelakkan daging ayam hancur sewaktu kita memotong ketika panas.
• Air rebus ayam digunakan dalam memasak nasi ayam. Pastikan kita tidak memasuk terlalu banyak air rebusan tadi.(Sukatan air selalunya 1 inci lebih dari paras beras)
• Tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah (Jangan terlalu garing).
• Masukan tumisan tersebut ke dalam periuk nasi. Taruh garam, Ajinamoto dan lada putih.
• Biar nasi ayam masak dan sajikan selepas setengah jam.

Post a Comment

0 Comments