Resipi Mee Kari Kerang

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Mee Kari Kerang | Resipi Mee Kari Kerang ini memang sedap. Ini pasti menu lazat dan sedap di hari raya sempena rumah terbuka. Selamat mencuba...

Bahan-bahan:
8 ulas bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
10 tangkai cili kering - dikisar
1 cawan udang kering - direndam dan dikisar
1 cawan rempah kari daging 

1 biji santan
2 inci halia - dititik
2 inci lengkuas - dititik
2 batang serai - dititik
3 keping asam keping

2 daun limau purut
Garam dan gula secukup rasa
1/2 kg daging
Fish ball/fish kek
Kerang
Tauhu sponge@tauhu kering

Bahan-bahan lain:
Mee kuning
Timun dihiris halus
Tauge
Telur rebus 
Daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Bawang goreng
Limau kasturi
Cili Jeruk - jika suka
 

Cara menyediakan:
1. Tumis bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau.
2. Masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh dengan air, halia, lengkuas dan serai. Masukkan air dan biar ia sehingga didih.
3. Masukkan daging dan biar hingga daging empuk. 

4. Kemudian masukkan santan dan asam keping dan biar hingga merenih.
5. Masukkan udang, kerang dan fish ball. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan tauhu sponge. Biarkan kuah mendidih. Sedia untuk dihidangkan.

Post a Comment

0 Comments