Resipi Mee Rebus Hj Wahid

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Mee Rebus Hj Wahid | Resipi Mee Rebus Hj Wahid memang ada class. Digabungkan lagi dengan air rebusan ketam... 5 Star jadinya. Tak percaya.. anda cuba sendiri! Ini pasti menu lazat dan sedap di hari raya. 

Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80 gm tepung gandum
¼ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
Tahu yang digoreng, dipotong kecil
Daun sup, dimayang
Bawang goreng
Telur rebus, dibelah dua
Lada hijau, dipotong bulat
Taugeh, dicelur
Limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. 

Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

0 comments:

Post a Comment