ResipiMasakanKini Berkongsi Puding Lapis Kacang Soya

ResipiMasakanKini berkongsi resipi puding lapis kacang soya yang sedap. Yummy...
 
Bahan-bahan: 
10 gram serbuk agar-agar 
1 cawan air
1 cawan gula pasir1 liter air kacang soya
½ cawan tepung kastad
Sedikit pewarna merah
Sedikit pewarna kuning
Sedikit pewarna hijau

Cara menyediakan: 
1. Masakkan serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
2. Masukkan air kacang soya dan tepung kastad dalam mangkuk dan kacau sebati.  
3. Masukkan bancuhan ke dalam periuk agar-agar dan kacau rata lagi sehingga mendidih. 
4. Bahagikan adunan kepada 3 mangkuk dan masukkan pewarna ke dalam setiap mangkuk. Kacau rata. 
5. Masukkan adunan warna hijau ke dalam loyang yang disediakan dan biarkan agak keras.
6. Tuangkan adunan warna kuning perlahan-lahan ke atas adunan hijau dan tunggu sehingga agak keras.
7. Tuangkan pula adunan warna merah dengan perlahan-lahan ke atas adunan kuning dan biarkan sehingga keras. [Tuang dari bahagian  tepi] 
8. Sedia untuk dihidangkan.
 
Tip:
Untuk mengelakkan adunan warna hijau atau merah sejuk dan keras sebaiknya letakkan mangkuk adunan warna didalam mangkuk air panas. - Hanieliza's

0 comments:

Post a Comment