ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi Kari Kepala Ikan Sedap

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Kari Kepala Ikan sedap, menggunakan ikan merah boleh jugak diganti dengan ikan jenahak. Hidangan ini akan bertambah lazat jika dihidang bersama potongan cili hijau, bawang dan kicap manis. 

Pada yang nak menjaga kesihatan, bolehlah gantikan santan dengan susu segar/susu cair. Menu yang lazat ini sesuai untuk hidangan tengah hari.

Penyediaan : 20 Minit | Memasak: 20 Minit
40 Minit Masa keseluruhan Jumlah Hidangan: 4

Bahan-bahan:

  • 1 ekor kepala ikan merah atau jenahak dalam 700gm.
Bahan untuk dikisar:
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawan putih
  • 1 inci halia.
  • 1/2 biji bawang besar
Bahan untuk di tumis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 batang kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • Air asam jawa
  • 5-6 buah pelaga
  • Sedikit daun kari
Bahan-bahan lain
  • 2 cawan santan cair (santan boleh diganti dengan susu cair)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 paket rempah kari ikan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 biji tomato di potong 4 
  • 4 tauhu kering di potong 2 
  • 5 batang bendi
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara menyediakan:
  1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
  2. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa, bendi dan tomato.
  4. Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan potongan cili hijau, bawang dan kicap manis

0 comments:

Post a Comment