ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi Wajik

ResipiMasakanKini berkongsi resipi kuih wajik yang sedap dan sangat sesuai untuk hidangan juadah kenduri kendara.

Bahan-bahan:
1 kg beras pulut,,
300 gm gula pasir
300 gm gula merah
500 ml santan pekat + secubit garam [1 biji kelapa]
5 helai daun pandan...simpul

Cara menyediakan:
1. Kukuskan pulut sehingga naik wap. Sejukkan.
2. Gula merah dan gula pasir dimasakkan ngan santan dan daun pandan.
3. Masakkan sehingga pekat.
4. Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat.
5. Masukkan dalam loyang dan sejukkan baru potong dan hidangkan
 

Tip:
Sekiranya mahu masukkan durian boleh kurangkan gula kerana durian ada rasa manis sikit.
Masukkan dalam santan dan gula yang telah mendidih.

Post a Comment

0 Comments