ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi Rendang Ayam Pencen

ResipiMasakanKini berkongsi resipi rendang ayam pencen yang sedap dan sangat sesuai untuk hidangan juadah di hari raya. Pada yang belum pernah mencuba pasti akan jatuh cinta...

Bahan-bahan:
1 ekor ayam pencen
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
1 mangkuk santan dari 11/2 biji kelapa
Garam secukup rasa
3 camca besar kerisik
Gula secukup rasa
Sedikit asam jawa

Bahan dikisar:
15 tangkai cili padi,
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
3 camca kecil ketumbar biji
1 camca kecil jintan manis
3 batang serai
1 sm kunyit
1 sm halia
1 sm lengkuas
3 kuntum bunga lawang
3 sm kulit kayu manis
4 biji buah pelaga

Cara menyediakan:
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
2. Setelah itu masukkan ayam, santan dan biarkan ia sehingga agak empuk.
3. Masukkan daun kunyit, kerisik, air asam dan garam secukup rasa.
4. Biarkan sehingga agak kering baru diangkat dan dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment