ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi Cream Cheese Topped Cake

ResipiMasakanKini Berkongsi Resipi Cream Cheese Topped Cake.. Selamat mencuba..

Bahan-bahan:
250gm butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 1/2 cawan gula aising
250 gm cream cheese
1/2 biji jus lemon
1 biji parutan kulit lemon
1/2 sudu teh krim tartar
3 biji telur
1 sudu teh perisa pandan 

Cara menyediakan:
1. Pukul butter dan gula aising hingga sebati.
2. Dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang.
3. Masukkan telur yang telah dipukul ke dalam adunan butter.
4. Masukkan jus dan parutan kulit lemon. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Masukkan perisa pandan dan pukul lagi sehingga adunan benar-benar sebati.
6. Ayak tepung bersama krim tartar. Masukkan ke dalam adunan dan kaup balikkan sehingga sebati. (Jangan putar menggunakan mixer).
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah digris.
8. Pukul cream cheese hingga gebu dan ratakan di atas adunan tadi. Bakar sehingga masak. Biarkan di dalam loyang selama 10 minit selepas dikeluarkan dari oven sebelum dipotong.

Post a Comment

0 Comments