Resipi Bengkang Daging

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Bengkang Daging. Resipi Bengkang Daging ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu minum petang. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 20 minit | Memasak: 30 minit    
50 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 6-8 orang


Bahan-bahan:
6 keping roti (buang kulit)
2 biji telur
100 gm sayuran campuran
50 gm bawang goreng
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
Daun sup/bawang
80 gm keju cheddar sagat
2 sudu besar marjerin

Bahan daging:
200 gm daging kisar
2 sudu besar serbuk kari
Garam/gula
1 labu bawang besar (cincang)
1/2 sudu besar lada hitam (tumbuk)

Cara menyediakan:
1. Mula-mula kita tumis bawang besar hingga layu, dan kemudian masukkan daging, dan serbuk roti.
2. Bubuhkan garam dan gula serta lada hitam.
3. Tumis hingga daging masak.
4. Sementara itu kita pukul telur dengan susu segar.
5. Masukkan roti yang dipotong nipis. Rendam.
6. Masukkan daging tumis ke dalam adunan roti berendam, bawang goreng, marjerin, keju, tepung, daun bawang dan sayuran campuran.
7. Gaul sebati, dan sapukan mentega pada acuan bakar. Tuangkan adunan dan bakar selama 30 minit pada suhu 180oC.

0 comments:

Post a Comment