Resipi Ikan Kaloi Masak Berlada

ResipiMasakanKini berkongsi Resipi Ikan Kaloi Masak Berlada. Resipi Ikan Kaloi Masak Berlada ni adalah antara hidangan yang sedap sebagai menu makanan tengahari. Cubalah Resipi Masakan ini.. 

Penyediaan: 15 minit | Memasak: 30 minit     

45 Minit Masa Keseluruhan | Jumlah Hidangan: 3-4 orang 

Bahan-bahan:
Ikan kaloi
4 biji bawang merah - dikisar

3 ulas bawang putih - dikisar
3 sudu besar cili kering kisar

1 tomato dicincang
Sedikit belacan
1 serai dititik
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau kasturi - ambik jus

Cara menyediakan:
1. Ikan lumurkan sedikit serbuk kunyit dan garam, digoreng hingga masak agak garing.
2. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
3. Masukkan tomato cincang dan kacau hingga hancur, masukkan serai, belacan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan goreng tadi dan gaul sebati.
5. Masukkan jus limau. 

 

0 comments:

Post a Comment